Meaning Of Life
::Sejujur Hati Ini::

Tuesday, 8 November 2011

BICARA HATI


Bila hati mula berbicara,
Soal kehendak dan rasa,
Soal jiwa dan raga,
Rasa keliru juga ada,
Tentang cinta, kasih dan sayang.

Kekadang aku bingung,
Kekadang pelbagai persoalan diminda,
Kekadang hati tersentuh,
Kekadang rasa tercuit,
Kekadang jua jiwa menangis.

Bukan tidak mahu tetapi tidak tahu,
Bukan tidak ada tetapi terlalu banyak,
Bukan mengeluh tetapi meluahkan rasa,
Bukan merintih tetapi cuma tersentuh,
Bukan aku sedih tetapi sedikit gusar.

Aku cuma sekeping  hati,
DIA juga yang mengerti..
Aku redha..

No comments:

Post a Comment