Meaning Of Life
::Sejujur Hati Ini::

Thursday 30 June 2011

RINDU


Rindu menjelma,
Semuanya tentang dirimu.
Rindu ini,
Hanya padamu.
Selagi rindu ini ada,
Cinta ini tegar untukmu.
Biarkan aku terus merinduimu,
Kerna ianya sangat indah kurasakan.
Tidak mengharapkan balasan,
Ianya tulus hanya untukmu.


^___^


Hold my hand, 
I will never hurt u,
Because this feeling,
Only for u,
I love u so much, SAYANG.


Wednesday 29 June 2011

DANIAL

Aku rindukan satu wajah


"Always be mine"
ALLAH knows everything..
Thank you ALLAH ^___^

*Anugerah terindahku*

Monday 27 June 2011

"LOVE" IS CINTA

Berbicara soal CINTA ;)
CINTA itu anugerah. Sangat indah rasanya bila dilamun CINTA. Perasaan itu sangat indah. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Juga tidak dapat disentuh, dihidu juga dipegang. Ia cuma dapat dirasai di dalam hati. Lebih indah jika 2 hati itu merasai rasa yang sama. Alangkah indahnya anugerah ALLAH itu. Tidak ternilai rasanya.

Lain orang lain kisah CINTA yang terukir. Ada CINTA yang kekal bahagia ke akhirnya. Ada CINTA yang asyik terputus ditengah jalan. Yang kekal bahagia Alhamdulillah. Tapi yang sentiasa tidak kekal jangan bersedih kerna ALLAH sengaja menemukan kita dengan pelbagai orang sebelum kita kenal yang selayaknya mendapatkan CINTA kita itu.



CINTA itu cukup mudah dilafazkan oleh sesiapa pun. Tetapi tidak semua yang benar-benar dapat merasai rasa indah itu ;)



JODOH

Kisahnya rumit. Sukar untuk dijelaskan. Cukuplah hanya aku yang mengerti & memahami. Jika sudah ditetapkan ALLAH dia milikku, maka selamanya dia akan tetap milikku. Kerna dihati sudah tertulis namamu, aku tetap milikmu. Dan selama kenyataannya tertulis begini, aku setia disini ;)


Sunday 26 June 2011

AIRMATA


Menangislah wahai diri..
Jika itu yang dirasakan..
Dan jika airmata yang mengalir 
dapat meluahkan segala rasa dihati..
Menangislah sepuasnya..
Menangislah semahunya..
Biar rasa yang hadir di kala ini 
berlalu juga akhirnya..

SAKIT

Berjalan-jalan aku sendiri..
Melewati tepian pantai yang nyaman sekali..
Terdudukku disatu bayang..
Merenung jauh kesana..
Memandang ke langit yang begitu indah..
Begitu setia bintang menemani malam..
Mengeluhku sendiri..
Mencari erti tentang apa yang berlaku..
Terkadang aku bingung..
Bukan tidak mengerti..
Tetapi tidak memahami permainan ini..
Sedihku sendiri, sakitku tak terperi..
Mengintai-intai mencari jawapan yang pasti..
Aku terkedu..
Bila akhirnya kecewa juga yang ku terima
TUHAN..
Bawalah jauh derita ini..
Sungguh aku lelah..



Saturday 25 June 2011

KECEWA

Aku kecewa
Bila diri tidak lagi diperlukan
Aku kecewa 
Bila diri tidak pernah dihargai
Aku kecewa 
Bila hatiku sering dipermainkan
Aku kecewa 
Bila segalanya dianggap remeh
Aku kecewa
Bila memerlukan tiadanya disisi
Aku kecewa
Bila perkara yang sama berulang lagi
Aku kecewa
Bila aku terpaksa memaksa hatiku melupakan segalanya
Aku insan kecewa


"BROKEN HEART"

KATANYA

Dan apabila itu katanya..
Aku pasrah..


YOU DON'T WANT ME ANYMORE :(

TERLUKA

Dan apabila hati dilukai..


Ia tetap akan terluka..




Friday 24 June 2011

AKUR

Mencintaimu aku akur..
Rindu itu kadang hadir juga..
Kenangan kita sedayanya ku tepis..
Dan..
Tidak memilikimu lagi..aku pasrah..

Wednesday 22 June 2011

"PAIN"

Pada saat aku tahu permintaaan itu, aku seakan tidak punya apa-apa rasa. Seperti sudah mengjangkakan ini semua akan berlaku. Tiada kata mampu aku luahkan lagi. Aku terima permintaannya juga tanpa apa-apa rasa.

Bukan aku tidak mahu pertahankan lagi. Tapi sungguh aku terlalu letih dengan segala permainan ini. Aku sudah penat. Biarlah ia berlalu begini. Aku cuma inginkan segalanya cepat diselesaikan.

Kenangan itu masih ada. Tapi aku kuatkan diri menepis segalanya. Bukan tidak mahu diulit kenangan tapi kenangan itu seakan-akan begitu sakit untuk dikenang. Biarpun ada antaranya yang indah. Tapi sakit yang dirasakan amat perit. Dan apabila aku tahu dia tidak mahu menjadi milikku lagi, aku pasrah.

Biarpun hari yang dilalui kadang terasa kosong, tapi aku harus kuatkan diri. Aku harus kuatkan hati. Aku seakan-akan lali dengan segala yang berlaku ini. Kadang jiwa aku terasa sangat kosong. Kosong tanpa perasaan.

TUHAN..KAU yang mengerti segalanya. Aku cuma mohon sentiasa diberi kekuatan. Aku hanya ingin melalui hidupku dengan tenang. Aku tidak mahu apa-apa perasaan lagi. Jauhkan aku dengan segala yang bukan milikku.

Tuesday 21 June 2011

SYUKUR

Ok..semalam tanpa sebarang update..hehe
Segala yang berlaku ada hikmah yang lebih baik disebaliknya. Soal hati & perasaan juga soal cinta mmg susah nak diuraikan. Macam-macam cerita yang kita dengar. Aku tahu dugaan aku ni tidak seberat mereka-mereka diluar sana. Dan bila kita sentiasa diuji, itulah peluang kita untuk dekatkan diri kepadaNYA. Kita adalah insan terpilih yang sangat bertuah. Kita diuji kerna ALLAH sayangkan kita.
Dan hidup ini bukan hanya untuk menghadap soal cinta. Banyak perkara yang harus dilakukan, harus diselesaikan. Aku bersyukur kerna masih diberi peluang oleh ALLAH. Terima kasih ALLAH ;)
                                                                       
                                          SYUKUR :)

Sunday 19 June 2011

FAMILY

Baiklah..setelah 1 hari bersantai-santai di depan tv, aku kembali..Ekekeke (mcm lah ada y menanti aku kan..hehe). Hari ini mood bersantai-santaian tanpa blog & fb. Best jugak kadang-kadang kan. Tapi tak boleh selalu lah. Nyawa aku ni..hehe.
Hari ini tiadalah nak mengarot apa-apa pun. Cuma tadi abang aku datang bagi kata-kata semangat..Yeay!! Aku bersemangat kembali. Apa hal pun family kita sentiasa ada kan. Walau seteruk mana pun kita, mereka tetap maafkan dan terima kita. Aku sayang sangat family aku. Mak, abang-abang dan kakak.
Ok, aku nak sambung tengok tv. Hari ini aku berkawan baik dengan tv ye. Kalau tak, memang tak dek keje aku nak ngadap tv tu..hehe.
Tata titi tutu ;)

JIWANG

Tiba-tiba malam ni ber'mood sentimental lak..hehe. Layan lagu dulu sementara cari idea ni :)
UNBREAK MY HEART ;)

HEY U!!

Yeah bebeh..GIVE ME EVERYTHING TONIGHT..I WANT IT..yeahhhhh! :)

JATUH CINTA

Good morning semuanya ;)
Bangun-bangun pagi tanpa memikirkan mandi, makan, minum & segalanya, terus aku mengigau mencari menda alah ni dulu. Apakah aku? Hahaha. Ya, memang aku sudah jatuh cinta dengan berblog ini. Wow! suka hati aku lah kan. Daripada jatuh cinta pada orang yang akhirnya aku hanya mendapat sakit, baik aku jatuh cinta pada sesuatu yang tentunya pasti aku dapat..huahuahua :p
Mood pagi ini adalah sangat baik. Bangun-bangun je sudah terasa hari ini begitu indah. Mimpi apa semalam ye? Ohh ye..mimpi si comel & si cute DANIAL. Hanya DANIAL yang aku ada. Meskipun aku tidak dapat memiliki Danial di dunia ini pasti di SYURGA nanti kami dapat bersama. Kuasa & ikatan yang ada di antara kami sesiapa pun tidak dapat pisahkan kerna ALLAH itu maha segalanya. Terima kasih ALLAH kerna telah memberikan DANIAL kepadaku. Itu adalah anugerah terindahku ;)
Ok, pagi-pagi belum ada cerita lagi pun. Cuma ingin kongsikan keindahan pagi ini dengan semuanya. Semoga anda semua juga miliki hari yang indah. Nikmati & hargai hari ini sebaiknya. Siapa pun tak tahu kan entah Sabtu akan datang kita bisa miliki lagi atau tidak. Aku mahu nikmati hari Sabtu ini seindahnya. Harapnya tak adalah sesiapa pun yang kacau mood aku hokeyyy! ^_______^

Saturday 18 June 2011

CANTIK

Malam ni aku sangat teruja nak berbicara soal CANTIK ;).
Aku? Taklah cantik tapi masih boleh buat jejaka-jejaka memandang aku 2 kali..hehe :p
Memang cantik dalaman itu sangat penting & jika memiliki cantik luaran itu adalah bonus. Aku bersyukur dengan segala yang ALLAH pinjamkan kepada aku ini kerna aku tahu DIA boleh merampas segalanya ini sekelip mata sahaja.
Apapun malam ni aku nak berbicara soal CANTIK luaran kerna hari ini aku merasakan diriku begitu CANTIK..hehe (sambil berangan mendengar lagu JUST THE WAY YOU ARE) :p
Aku sangat suka tengok wanita-wanita CANTIK. Paling aku suka QUEEN RANIA (Queen Of Jordan). Dari zaman aku sekolah lagi aku tengok beliau sangat cantik. Bertuah badankan. Dahlah cantik jadi Queen Of Jordan lak tu. Cerdik, berkerjaya, berkaliber semua ada lah kan. Memamg dia inpirasi aku..haihh..tgk banyak-banyak kali pun tak puas..hehe ;)
Ok, ni ada beberapa keping gambar QUEEN RANIA. Tengoklah puas-puas kecantikan beliau. Nak lebih-lebih google sendiri hokey..hehe






Macam mana? Betulkan aku cakap. Beliau sangat CANTIK kan.
Oklah, ini saja bicara aku soal cantik. Nanti kalau ada apa-apa tambahan aku mengarot lagi hokey ;)
Kepada si cantik yang sedang membaca tu, hargai segala yang kita miliki ini. Kerna CANTIK ini cuma milik kita.
*Aku masih lagi dalam mood CANTIK..hehe ;)

YEAY!!

Dengan segala semangat yang ada, aku meneruskan langkah. Yeah!!!!!!!!
Dan lagu ini benar-benar memberiku rasa hidup kembali. JUST THE WAY YOU ARE ;)

SOAL HATI

Bila berbicara soal hati, sangat sukar untuk dimengertikan. Apa pun kita jua yang utama yang harus mengerti & memahami soal hati kita.
Banyak orang yang keliru dengan keinginan hatinya. Apabila terlalu banyak hal yang diinginkan, mereka mengabaikan hal-hal yang telah mereka miliki. Aku terkilan.
Hati pada asalnya seputih salju. Kita yang mengcoraknya sehingga berbagai warna tercalit disitu. Dihati juga pelbagai rasa dirasakan. Itulah uniknya hati. Dan sangat rugi bila sesiapa yang merosakkannya dengan pelbagai perasaan yang tidak baik.
Walaupun pengalaman hidup aku tidaklah seberapa, tapi cukup untuk aku mengenal pelbagai jenis hati. Dan pengalaman itu cukup mengajar aku untuk lebih berhati-hati apabila berbicara SOAL HATI.

PETANG

Ok, lupakan cerita suam-suam kuku tadi. Sekarang mood aku sedikit baik. Alhamdulillah :)
Aku cuma mahu meneruskan langkah sebaiknya. Aku tidak tahu apa sebenarnya yang ALLAH sudah tetapkan untuk aku. Aku cuma mahu sentiasa kuat. Apa yang aku harapkan saat sakit, susah dan segala macam yang tidak best akan berlalu. Aku bukan inginkan hidup yang terlalu sempurna. Cukuplah hari-hari yang berlalu aku boleh merasa apa itu bahagia.

"AKU PUNYA RASA"

Aku baru berjinak-jinak berblog. Bukan kerna apa dan kerna sesiapa. Tapi kerna aku sendiri yang inginkan. Sebentar tadi ada yang memerli "seronoklah lu berblog..orang dapat tahu apa yang lu rasa, lu nak orang tahu lu kuat". Apakah?? Kalau tak suka sila jangan baca. Aku akan berbicara apa jua yang aku inginkan.
WTH..kau igt orang kisah ke dengan apa yang aku rasa? Orang lagi suka bila tahu aku tengah sedih, tengah berduka. Orang lagi gembira bila aku dipermainkan..haihhh..mainan hidup ini aku dah faham sangat. Ohh ye, memang aku nak orang tahu aku kuat untuk melalui apa pun yang mendatang. Aku dah cukup kuat selama ini. Kau yang bercakap tu tahu ke apa yang dah aku lalui? Tak tau kan? So, duk diam-diam. Aku akan tetap terus berbicara ikut suka hati aku.
Aku akan terus mengarut. Yang banyak bunyi tu "selamat tinggal!" *pergi main jauh-jauhlah..haihhh*

Friday 17 June 2011

HARI MELAYAN PERASAAN SEDUNIA

Hehehe..(mulakan cerita dengan mood yang agak funny2..hekk!)
Kenapakah dikatakan HARI MELAYAN PERASAAN SEDUNIA? Kerana semuanya sibuk melayan perasaan..hehe c(-:
Adik-adikku yang disayangi..
Tak salah pun kalau kita nak layan perasaan tu, asalkan kena tempat, masa dan gayanya. Perasaan kita kan. Hanya kita yang tahu bagaimana untuk mengawalnya ;)
So, selamat beremosi buat semuanya..hikhik

KOSONG

Jiwa terasa sangat kosong. Tidak mahu difikirkan dan dimengertikan lagi. Aku hanya ingin hidup dengan tenang. Menghabiskan waktu-waktu yang ada sebaiknya.
Pergilah segala duka. Pergilah segala sengsara. Berilah aku peluang mencari erti bahagia yang sebenarnya.

SALAM

Salam teman-teman. Aku memulakan langkah.
Blog ini tercipta dari sebuah hati yang terluka. Hati yang sedang hancur berkecai. Musnah segala harapan dan impian. Tetapi tidak bermakna hidup aku juga musnah kerananya. Mungkin silap aku dalam menilai erti sebuah CINTA. Kini dengan segala semangat yang ada, aku akan perbaiki hidup menjadi lebih baik. Tinggalkan segala kenangan. Teruskan hidup yang cuma sekali ini sahaja. Entah esok lusa aku akan pergi mengadap ILAHI.