Meaning Of Life
::Sejujur Hati Ini::

Saturday, 18 June 2011

SOAL HATI

Bila berbicara soal hati, sangat sukar untuk dimengertikan. Apa pun kita jua yang utama yang harus mengerti & memahami soal hati kita.
Banyak orang yang keliru dengan keinginan hatinya. Apabila terlalu banyak hal yang diinginkan, mereka mengabaikan hal-hal yang telah mereka miliki. Aku terkilan.
Hati pada asalnya seputih salju. Kita yang mengcoraknya sehingga berbagai warna tercalit disitu. Dihati juga pelbagai rasa dirasakan. Itulah uniknya hati. Dan sangat rugi bila sesiapa yang merosakkannya dengan pelbagai perasaan yang tidak baik.
Walaupun pengalaman hidup aku tidaklah seberapa, tapi cukup untuk aku mengenal pelbagai jenis hati. Dan pengalaman itu cukup mengajar aku untuk lebih berhati-hati apabila berbicara SOAL HATI.

2 comments: