Meaning Of Life
::Sejujur Hati Ini::

Monday 27 June 2011

"LOVE" IS CINTA

Berbicara soal CINTA ;)
CINTA itu anugerah. Sangat indah rasanya bila dilamun CINTA. Perasaan itu sangat indah. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Juga tidak dapat disentuh, dihidu juga dipegang. Ia cuma dapat dirasai di dalam hati. Lebih indah jika 2 hati itu merasai rasa yang sama. Alangkah indahnya anugerah ALLAH itu. Tidak ternilai rasanya.

Lain orang lain kisah CINTA yang terukir. Ada CINTA yang kekal bahagia ke akhirnya. Ada CINTA yang asyik terputus ditengah jalan. Yang kekal bahagia Alhamdulillah. Tapi yang sentiasa tidak kekal jangan bersedih kerna ALLAH sengaja menemukan kita dengan pelbagai orang sebelum kita kenal yang selayaknya mendapatkan CINTA kita itu.



CINTA itu cukup mudah dilafazkan oleh sesiapa pun. Tetapi tidak semua yang benar-benar dapat merasai rasa indah itu ;)



No comments:

Post a Comment