Meaning Of Life
::Sejujur Hati Ini::

Wednesday, 22 June 2011

"PAIN"

Pada saat aku tahu permintaaan itu, aku seakan tidak punya apa-apa rasa. Seperti sudah mengjangkakan ini semua akan berlaku. Tiada kata mampu aku luahkan lagi. Aku terima permintaannya juga tanpa apa-apa rasa.

Bukan aku tidak mahu pertahankan lagi. Tapi sungguh aku terlalu letih dengan segala permainan ini. Aku sudah penat. Biarlah ia berlalu begini. Aku cuma inginkan segalanya cepat diselesaikan.

Kenangan itu masih ada. Tapi aku kuatkan diri menepis segalanya. Bukan tidak mahu diulit kenangan tapi kenangan itu seakan-akan begitu sakit untuk dikenang. Biarpun ada antaranya yang indah. Tapi sakit yang dirasakan amat perit. Dan apabila aku tahu dia tidak mahu menjadi milikku lagi, aku pasrah.

Biarpun hari yang dilalui kadang terasa kosong, tapi aku harus kuatkan diri. Aku harus kuatkan hati. Aku seakan-akan lali dengan segala yang berlaku ini. Kadang jiwa aku terasa sangat kosong. Kosong tanpa perasaan.

TUHAN..KAU yang mengerti segalanya. Aku cuma mohon sentiasa diberi kekuatan. Aku hanya ingin melalui hidupku dengan tenang. Aku tidak mahu apa-apa perasaan lagi. Jauhkan aku dengan segala yang bukan milikku.

No comments:

Post a Comment