Meaning Of Life
::Sejujur Hati Ini::

Wednesday, 16 November 2011

JIWA LARA

Dan, 
Bila kekuatan cinta tiada lagi,
Segala rasa menjadi duka dan lara,
Rasa ini kau permainkan,
Seperti aku tiada berperasaan.

Letih, juga lelah,
Dengan segala agendamu,
Pergilah dikau,
Jangan pernah berani kembali lagi.

Aku kecewa,
Diperlakukan sesuka hatimu,
Kala jiwa lara, hati kecewa,
Kala segalanya kau persiakan.


Tuesday, 8 November 2011

BICARA HATI


Bila hati mula berbicara,
Soal kehendak dan rasa,
Soal jiwa dan raga,
Rasa keliru juga ada,
Tentang cinta, kasih dan sayang.

Kekadang aku bingung,
Kekadang pelbagai persoalan diminda,
Kekadang hati tersentuh,
Kekadang rasa tercuit,
Kekadang jua jiwa menangis.

Bukan tidak mahu tetapi tidak tahu,
Bukan tidak ada tetapi terlalu banyak,
Bukan mengeluh tetapi meluahkan rasa,
Bukan merintih tetapi cuma tersentuh,
Bukan aku sedih tetapi sedikit gusar.

Aku cuma sekeping  hati,
DIA juga yang mengerti..
Aku redha..

Wednesday, 2 November 2011

RASA CINTA


Rasa cinta ada pada kita,
Rasa cinta ada dihati kita,
Rasa cinta ada tentang kita.

Rasa cinta asyik terbuai,
Rasa cinta singgah melambai,
Rasa cinta tinggi melampai.

Rasa cinta terus membara,
Rasa cinta hangatkan rasa,
Rasa cinta sempurnakan jiwa.

Kerna,
Rasa cinta itu kita.
^_______^

Thursday, 13 October 2011

PUTUS CINTA


Putus cinta memang sakit.. Lebih sakit bila putus cinta disebabkan orang ketiga.. Cinta yang disemai selama ini hilang begitu sahaja.. Begitu mudah cinta ini dipermainkan.. 


Putus cinta sangat sakit.. Sakitnya seperti hati ditusuk sembilu tajam.. Sakitnya bila segalanya dikhianati dalam sekelip mata..


Putus cinta terlalu sakit.. Sakitnya hingga menyebabkan ada yang hampir gila.. Sakitnya hingga menyebabkan ada yang sanggup membunuh diri.. Dan, ada yang telah pun membunuh diri kerana putus cinta.. Lebih teruk, ada yang membiarkan dirinya merana kerana putus cinta..


Mengapa begitu? Mengapa perlu dipersiakan hidup dengan begitu mudah? Memang sakit bila putus cinta.. Dan pastinya semua juga pernah merasai akan kesakitan itu, tidak kira lelaki juga wanita.. Tetapi mengapa sukar untuk menerima hakikat putus cinta itu dengan ikhlas? 


Sakit itu akan hilang.. Sakit itu pasti akan sembuh.. Seperti luka jari terkena pisau.. Lama-kelamaan ianya akan baik.. Memang parutnya ada.. Tetapi dari parut itu membuatkan kita lebih berhati-hati untuk menggunakan pisau itu dilain hari..


Begitulah juga halnya putus cinta.. Parut yang tertinggal itu mengajar kita agar lebih berhati-hati untuk memberi dan menerima cinta dimasa akan datang.. Ambillah waktu untuk mengubatinya.. Kalau perlu, pergilah kemana pun asalkan kita tahu bagaimana untuk memulihkannya.. Hati kita hanya kita yang memahami..


Satu hal yang kita harus belajar adalah redha.. Redha iaitu kita menerima suratan yang tertulis dengan hati yang tenang.. InsyaAllah, bila kita belajar untuk redha dengan apa yang berlaku, kita akan merasa lebih dan sangat tenang.. Dan, satu hal lagi yang harus kita belajar adalah memaafkan.. Bersyukur kerna pengalaman itu cuma kita yang merasainya.. 


Dan, usah takut untuk memberi dan menerima cinta lagi..


Sebenarnya, sesuatu perkara itu tidaklah rumit melainkan kita sendiri yang merumitkannya..

Wednesday, 12 October 2011

CINTA MATI

Dear CINTA MATI ku,


Kaulah hidupku,
Kaulah nyawaku,
Kaulah yang melengkapi hari-hariku.

CINTA MATI ku,
Segalanya untukmu,
Aku dedikasikan seluruh hidup kepadamu.

CINTA MATI ku,
Segalanya indah tentang kita,
Segalanya sempurna tentang rasa kita.

Bagiku,
Kaulah segalanya..
Tiada yang kumahu selain dirimu.

CINTA MATI ku,
Aku akan selalu mencintaimu,
Mencintaimu hingga ke akhir waktuku,
Kerna kau CINTA ku di dunia & selepasnya



*Dedicated to my CINTA MATI :)

Jika aku yang pergi dulu, akan ku bawa bersama CINTA kita menunggumu disana.. Dan, jika kau yang pergi dulu, aku akan setia menjaga CINTA ini hingga ke akhir nafasku..

I LOVE YOU, HUBBY ^_______^

Sunday, 2 October 2011

Jauh, rindu & setia

Jauh cuma jarak kita,
Namun hati kita selalu dekat.

Bila jauh,
Ia sangat memberi aku rasa rindu.
Makin hari kita jauh,
Makin kuat rasa rindu ini.


Bila berjauhan,
Sangat mengajar aku erti setia.
Seringkali aku diuji dengan pelbagai rasa
Namun akhirnya aku akui
Rasa ini adalah milikmu
Semakin lama kita jauh,
Semakin aku belajar untuk menjadi seorang yang setia.

Kerna jauh, 
Mengajar aku erti rindu dan setia ^_______^

Saturday, 1 October 2011

Teruskan harimu

Hey olls! Morning..

Sangat lamalah aku tak update blog hokey.. Sebenarnya keinginan tu ada bila tengok kawan-kawan lain selalu update kan.. But lately sangat-sangat busy lahaii.. Bukan buat-buat busy hokey! Hehe.. Plus ketiadaan idea jugak, plus lagi tiada kesempatan untuk memikirkannya.. Hehe.. *Ayat mesti gempaq!*

Perjalanan hidup kita tak tahu sampai bila kan.. Cuma waktu yang masih ada ni laluilah sebaiknya.. Semoga hari-hari mendatang aku mengharap ianya lebih baik buat kita semua..

Aku masih aku.. Kesibukan kerja membuatkan masa aku lebih singkat aku rasakan.. Tapi aku gembira begini.. Inilah waktunya untuk aku rasainya..

Sekarang, aku menepis segala perkara-perkara yang tidak best.. Tidak mahu lagi memikirkan hal-hal yang tidak best juga.. Hidup cuma sekali, kenapa tidak kita menikmatinya sebaiknya.. Apa yang kita buat hanya kita yang tahu.. So, jaga diri sebaiknya..

Hati aku juga begini.. Masih dan sentiasa ada dia.. I LOVE U, SAYANG ^___^


Monday, 22 August 2011

RASA KAU & AKU



CINTA itu menyempurnakan rasa..
Rasa yang bagaimana?

Rasa bilamana aku perlukan kau,
Kau sentiasa ada disisiku..

Rasa bilamana aku sedih,
Kau sentiasa menghiburkan aku..

Rasa bilamana aku gembira,
Kau ada untuk aku kongsikannya..

Rasa bilamana,
Kau juga merasai apa yang aku rasakan..
^_______^

CINTA itu bagaimana?

CINTA itu unik,
CINTA itu pelik,
CINTA itu tak masuk akal..

CINTA itu aneh,
tp nyata..




Dan, begitulah indahnya CINTA..
Saling melengkapi di antara kekurangan
sehingga melengkapi kesempurnaan..

KELIRU

Kadang, aku juga merasa keliru dengan perasaan ini.. Sebentar rasanya begini, sebentar lagi rasanya pula begitu.. Kadang, jiwa terasa kosong.. Kosong tanpa apa-apa rasa.. Kosong tanpa mengharapkan apa-apa balasan.. Kerna sesungguhnya segala rasa itu adalah milikNYA jua

SEGMEN anGah Ini Blog Jiwa Jiwa - Ertinya Cinta Pada Anda?


CINTA itu adalah satu perasaan yang sangat indah bila kita benar-benar menikmatinya.. Dulu aku fikirkan kita perlu memiliki orang yang kita cintai.. Tapi sampai suatu masa, aku mula belajar dan memahami erti CINTA itu yang sebenarnya.

Ya, mencintai tidak bererti memiliki.. Bila CINTA itu datang dari hati yang benar-benar ikhlas, sangat tenang rasanya.. Bila kita mencintai seseorang itu keranaNYA, indah sungguh perjalanan CINTA itu..

Benar, bila CINTA itu sangat beraja dihati, apa pun kita sanggup lakukan untuk yang tercinta.. Sebenarnya CINTA itu tidak perlu tergopoh-gapah, tidak perlu terburu-buru.. Andai dari dulu aku mengerti akan ertinya CINTA itu, pasti aku akan laluinya dengan lebih tenang.. Bak kata anGah "Rilex-rilex je" ^___^



Thursday, 18 August 2011

PERASAAN

Bermain dengan perasaan ini kadang sangat memenatkan.. Kadang rasa itu sangat kuat dan kadang aku pasrah dengan apa jua yang berlaku.. Kadang, aku letih.. Biarlah ia berlaku seperti apa jua yang telah ditetapkanNYA..

Cinta itu ada.. Selalu ada.. Cuma mekarnya dan kucupnya silih berganti..

Tuesday, 16 August 2011

KITA

Semua cerita tentang kita

Yang terjadi di antara kita

Yang merasainya cuma kita

Yang melaluinya hanya kita

Dan,
Kita jugalah yang tahu apa mahunya hati kita


^.^



Monday, 15 August 2011

SENDIRI

Bila aku sendiri, sering aku tertanya. Mengapa begini? Mengapa begitu? Kenapa jadi ini? Kenapa jadi itu? Namun aku sedar, ketetapanNYA adalah yang terbaik buatku. PerancanganNYA pasti sangat indah buatku. Aku cuma ingin memiliki apa yang sebenarnya adalah milikku. Semoga ALLAH permudahkan jalan itu.

DANIAL, mummy miss u so much, so badly :(

Kerna kau


Memang kau bukan yang terbaik,
Tapi kaulah yang terindah..

Kerna kau,
Rasa ini semakin menyala-nyala.

Kerna kau,
Hatiku sering berbunga.

Kerna kau,
Hari yang dilalui terasa begitu bahagia.

Kerna kau,
Rinduku semakin asyik.

Kerna kau,
Kasihku menggunung.

Kerna kau,
Sayangku bertaut.

Kerna menCINTAi kau,
Aku hanya ingin menjadi milikmu seorang ^.^

Sunday, 14 August 2011

Mak aii!!

Wah! Giler lama tak update ye.. Sekian, terima kasih.. Kihkih =D

Thursday, 14 July 2011

Wednesday, 13 July 2011

"WELCOME BACK"

*Tajuk entry mcm suspen jek kan..hikhik*
Walaweh, lamanya aku tak update. Tak lah busy mana pun, buat-buat busy eh..hohooii.
Sebentar-sebentar ye, aku mencari idea..ohh :)

Friday, 8 July 2011

YEAY!!

Happy plus bahagia plus segala macam rasa yang indah. Terima kasih ALLAH kerna KAU mengizinkan aku merasainya lagi. Aku benar-benar bersyukur ^___^

Tuesday, 5 July 2011

Tak Boleh Tidur

Puas daku bergolek sana, bergolek sini. Pusing sana, pusing sini. Mata tak mau tutup jugak. Sudah dipaksa tapi tetap degil macam tuannya ni haa..hehe. Nak kata tengah serabut tak pula. Maybe sebab beralih tempat tidur kot. Now, aku dekat rumah abang long aku. Jalan-jalan cari makan..Ekekeke.

Singgah disini sebentar. Esok meneruskan perjalanan. Nak pergi tengok wajah yang sangat2 aku rindukan. Sekejap pun tak apa. Janji hilang rindu ni :)


Mood : Excited :)
Yeay!!!

Thursday, 30 June 2011

RINDU


Rindu menjelma,
Semuanya tentang dirimu.
Rindu ini,
Hanya padamu.
Selagi rindu ini ada,
Cinta ini tegar untukmu.
Biarkan aku terus merinduimu,
Kerna ianya sangat indah kurasakan.
Tidak mengharapkan balasan,
Ianya tulus hanya untukmu.


^___^


Hold my hand, 
I will never hurt u,
Because this feeling,
Only for u,
I love u so much, SAYANG.


Wednesday, 29 June 2011

DANIAL

Aku rindukan satu wajah


"Always be mine"
ALLAH knows everything..
Thank you ALLAH ^___^

*Anugerah terindahku*

Monday, 27 June 2011

"LOVE" IS CINTA

Berbicara soal CINTA ;)
CINTA itu anugerah. Sangat indah rasanya bila dilamun CINTA. Perasaan itu sangat indah. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Juga tidak dapat disentuh, dihidu juga dipegang. Ia cuma dapat dirasai di dalam hati. Lebih indah jika 2 hati itu merasai rasa yang sama. Alangkah indahnya anugerah ALLAH itu. Tidak ternilai rasanya.

Lain orang lain kisah CINTA yang terukir. Ada CINTA yang kekal bahagia ke akhirnya. Ada CINTA yang asyik terputus ditengah jalan. Yang kekal bahagia Alhamdulillah. Tapi yang sentiasa tidak kekal jangan bersedih kerna ALLAH sengaja menemukan kita dengan pelbagai orang sebelum kita kenal yang selayaknya mendapatkan CINTA kita itu.



CINTA itu cukup mudah dilafazkan oleh sesiapa pun. Tetapi tidak semua yang benar-benar dapat merasai rasa indah itu ;)



JODOH

Kisahnya rumit. Sukar untuk dijelaskan. Cukuplah hanya aku yang mengerti & memahami. Jika sudah ditetapkan ALLAH dia milikku, maka selamanya dia akan tetap milikku. Kerna dihati sudah tertulis namamu, aku tetap milikmu. Dan selama kenyataannya tertulis begini, aku setia disini ;)


Sunday, 26 June 2011

AIRMATA


Menangislah wahai diri..
Jika itu yang dirasakan..
Dan jika airmata yang mengalir 
dapat meluahkan segala rasa dihati..
Menangislah sepuasnya..
Menangislah semahunya..
Biar rasa yang hadir di kala ini 
berlalu juga akhirnya..

SAKIT

Berjalan-jalan aku sendiri..
Melewati tepian pantai yang nyaman sekali..
Terdudukku disatu bayang..
Merenung jauh kesana..
Memandang ke langit yang begitu indah..
Begitu setia bintang menemani malam..
Mengeluhku sendiri..
Mencari erti tentang apa yang berlaku..
Terkadang aku bingung..
Bukan tidak mengerti..
Tetapi tidak memahami permainan ini..
Sedihku sendiri, sakitku tak terperi..
Mengintai-intai mencari jawapan yang pasti..
Aku terkedu..
Bila akhirnya kecewa juga yang ku terima
TUHAN..
Bawalah jauh derita ini..
Sungguh aku lelah..



Saturday, 25 June 2011

KECEWA

Aku kecewa
Bila diri tidak lagi diperlukan
Aku kecewa 
Bila diri tidak pernah dihargai
Aku kecewa 
Bila hatiku sering dipermainkan
Aku kecewa 
Bila segalanya dianggap remeh
Aku kecewa
Bila memerlukan tiadanya disisi
Aku kecewa
Bila perkara yang sama berulang lagi
Aku kecewa
Bila aku terpaksa memaksa hatiku melupakan segalanya
Aku insan kecewa


"BROKEN HEART"

KATANYA

Dan apabila itu katanya..
Aku pasrah..


YOU DON'T WANT ME ANYMORE :(

TERLUKA

Dan apabila hati dilukai..


Ia tetap akan terluka..




Friday, 24 June 2011

AKUR

Mencintaimu aku akur..
Rindu itu kadang hadir juga..
Kenangan kita sedayanya ku tepis..
Dan..
Tidak memilikimu lagi..aku pasrah..

Wednesday, 22 June 2011

"PAIN"

Pada saat aku tahu permintaaan itu, aku seakan tidak punya apa-apa rasa. Seperti sudah mengjangkakan ini semua akan berlaku. Tiada kata mampu aku luahkan lagi. Aku terima permintaannya juga tanpa apa-apa rasa.

Bukan aku tidak mahu pertahankan lagi. Tapi sungguh aku terlalu letih dengan segala permainan ini. Aku sudah penat. Biarlah ia berlalu begini. Aku cuma inginkan segalanya cepat diselesaikan.

Kenangan itu masih ada. Tapi aku kuatkan diri menepis segalanya. Bukan tidak mahu diulit kenangan tapi kenangan itu seakan-akan begitu sakit untuk dikenang. Biarpun ada antaranya yang indah. Tapi sakit yang dirasakan amat perit. Dan apabila aku tahu dia tidak mahu menjadi milikku lagi, aku pasrah.

Biarpun hari yang dilalui kadang terasa kosong, tapi aku harus kuatkan diri. Aku harus kuatkan hati. Aku seakan-akan lali dengan segala yang berlaku ini. Kadang jiwa aku terasa sangat kosong. Kosong tanpa perasaan.

TUHAN..KAU yang mengerti segalanya. Aku cuma mohon sentiasa diberi kekuatan. Aku hanya ingin melalui hidupku dengan tenang. Aku tidak mahu apa-apa perasaan lagi. Jauhkan aku dengan segala yang bukan milikku.

Tuesday, 21 June 2011

SYUKUR

Ok..semalam tanpa sebarang update..hehe
Segala yang berlaku ada hikmah yang lebih baik disebaliknya. Soal hati & perasaan juga soal cinta mmg susah nak diuraikan. Macam-macam cerita yang kita dengar. Aku tahu dugaan aku ni tidak seberat mereka-mereka diluar sana. Dan bila kita sentiasa diuji, itulah peluang kita untuk dekatkan diri kepadaNYA. Kita adalah insan terpilih yang sangat bertuah. Kita diuji kerna ALLAH sayangkan kita.
Dan hidup ini bukan hanya untuk menghadap soal cinta. Banyak perkara yang harus dilakukan, harus diselesaikan. Aku bersyukur kerna masih diberi peluang oleh ALLAH. Terima kasih ALLAH ;)
                                                                       
                                          SYUKUR :)

Sunday, 19 June 2011

FAMILY

Baiklah..setelah 1 hari bersantai-santai di depan tv, aku kembali..Ekekeke (mcm lah ada y menanti aku kan..hehe). Hari ini mood bersantai-santaian tanpa blog & fb. Best jugak kadang-kadang kan. Tapi tak boleh selalu lah. Nyawa aku ni..hehe.
Hari ini tiadalah nak mengarot apa-apa pun. Cuma tadi abang aku datang bagi kata-kata semangat..Yeay!! Aku bersemangat kembali. Apa hal pun family kita sentiasa ada kan. Walau seteruk mana pun kita, mereka tetap maafkan dan terima kita. Aku sayang sangat family aku. Mak, abang-abang dan kakak.
Ok, aku nak sambung tengok tv. Hari ini aku berkawan baik dengan tv ye. Kalau tak, memang tak dek keje aku nak ngadap tv tu..hehe.
Tata titi tutu ;)

JIWANG

Tiba-tiba malam ni ber'mood sentimental lak..hehe. Layan lagu dulu sementara cari idea ni :)
UNBREAK MY HEART ;)

HEY U!!

Yeah bebeh..GIVE ME EVERYTHING TONIGHT..I WANT IT..yeahhhhh! :)

JATUH CINTA

Good morning semuanya ;)
Bangun-bangun pagi tanpa memikirkan mandi, makan, minum & segalanya, terus aku mengigau mencari menda alah ni dulu. Apakah aku? Hahaha. Ya, memang aku sudah jatuh cinta dengan berblog ini. Wow! suka hati aku lah kan. Daripada jatuh cinta pada orang yang akhirnya aku hanya mendapat sakit, baik aku jatuh cinta pada sesuatu yang tentunya pasti aku dapat..huahuahua :p
Mood pagi ini adalah sangat baik. Bangun-bangun je sudah terasa hari ini begitu indah. Mimpi apa semalam ye? Ohh ye..mimpi si comel & si cute DANIAL. Hanya DANIAL yang aku ada. Meskipun aku tidak dapat memiliki Danial di dunia ini pasti di SYURGA nanti kami dapat bersama. Kuasa & ikatan yang ada di antara kami sesiapa pun tidak dapat pisahkan kerna ALLAH itu maha segalanya. Terima kasih ALLAH kerna telah memberikan DANIAL kepadaku. Itu adalah anugerah terindahku ;)
Ok, pagi-pagi belum ada cerita lagi pun. Cuma ingin kongsikan keindahan pagi ini dengan semuanya. Semoga anda semua juga miliki hari yang indah. Nikmati & hargai hari ini sebaiknya. Siapa pun tak tahu kan entah Sabtu akan datang kita bisa miliki lagi atau tidak. Aku mahu nikmati hari Sabtu ini seindahnya. Harapnya tak adalah sesiapa pun yang kacau mood aku hokeyyy! ^_______^

Saturday, 18 June 2011

CANTIK

Malam ni aku sangat teruja nak berbicara soal CANTIK ;).
Aku? Taklah cantik tapi masih boleh buat jejaka-jejaka memandang aku 2 kali..hehe :p
Memang cantik dalaman itu sangat penting & jika memiliki cantik luaran itu adalah bonus. Aku bersyukur dengan segala yang ALLAH pinjamkan kepada aku ini kerna aku tahu DIA boleh merampas segalanya ini sekelip mata sahaja.
Apapun malam ni aku nak berbicara soal CANTIK luaran kerna hari ini aku merasakan diriku begitu CANTIK..hehe (sambil berangan mendengar lagu JUST THE WAY YOU ARE) :p
Aku sangat suka tengok wanita-wanita CANTIK. Paling aku suka QUEEN RANIA (Queen Of Jordan). Dari zaman aku sekolah lagi aku tengok beliau sangat cantik. Bertuah badankan. Dahlah cantik jadi Queen Of Jordan lak tu. Cerdik, berkerjaya, berkaliber semua ada lah kan. Memamg dia inpirasi aku..haihh..tgk banyak-banyak kali pun tak puas..hehe ;)
Ok, ni ada beberapa keping gambar QUEEN RANIA. Tengoklah puas-puas kecantikan beliau. Nak lebih-lebih google sendiri hokey..hehe






Macam mana? Betulkan aku cakap. Beliau sangat CANTIK kan.
Oklah, ini saja bicara aku soal cantik. Nanti kalau ada apa-apa tambahan aku mengarot lagi hokey ;)
Kepada si cantik yang sedang membaca tu, hargai segala yang kita miliki ini. Kerna CANTIK ini cuma milik kita.
*Aku masih lagi dalam mood CANTIK..hehe ;)

YEAY!!

Dengan segala semangat yang ada, aku meneruskan langkah. Yeah!!!!!!!!
Dan lagu ini benar-benar memberiku rasa hidup kembali. JUST THE WAY YOU ARE ;)

SOAL HATI

Bila berbicara soal hati, sangat sukar untuk dimengertikan. Apa pun kita jua yang utama yang harus mengerti & memahami soal hati kita.
Banyak orang yang keliru dengan keinginan hatinya. Apabila terlalu banyak hal yang diinginkan, mereka mengabaikan hal-hal yang telah mereka miliki. Aku terkilan.
Hati pada asalnya seputih salju. Kita yang mengcoraknya sehingga berbagai warna tercalit disitu. Dihati juga pelbagai rasa dirasakan. Itulah uniknya hati. Dan sangat rugi bila sesiapa yang merosakkannya dengan pelbagai perasaan yang tidak baik.
Walaupun pengalaman hidup aku tidaklah seberapa, tapi cukup untuk aku mengenal pelbagai jenis hati. Dan pengalaman itu cukup mengajar aku untuk lebih berhati-hati apabila berbicara SOAL HATI.

PETANG

Ok, lupakan cerita suam-suam kuku tadi. Sekarang mood aku sedikit baik. Alhamdulillah :)
Aku cuma mahu meneruskan langkah sebaiknya. Aku tidak tahu apa sebenarnya yang ALLAH sudah tetapkan untuk aku. Aku cuma mahu sentiasa kuat. Apa yang aku harapkan saat sakit, susah dan segala macam yang tidak best akan berlalu. Aku bukan inginkan hidup yang terlalu sempurna. Cukuplah hari-hari yang berlalu aku boleh merasa apa itu bahagia.

"AKU PUNYA RASA"

Aku baru berjinak-jinak berblog. Bukan kerna apa dan kerna sesiapa. Tapi kerna aku sendiri yang inginkan. Sebentar tadi ada yang memerli "seronoklah lu berblog..orang dapat tahu apa yang lu rasa, lu nak orang tahu lu kuat". Apakah?? Kalau tak suka sila jangan baca. Aku akan berbicara apa jua yang aku inginkan.
WTH..kau igt orang kisah ke dengan apa yang aku rasa? Orang lagi suka bila tahu aku tengah sedih, tengah berduka. Orang lagi gembira bila aku dipermainkan..haihhh..mainan hidup ini aku dah faham sangat. Ohh ye, memang aku nak orang tahu aku kuat untuk melalui apa pun yang mendatang. Aku dah cukup kuat selama ini. Kau yang bercakap tu tahu ke apa yang dah aku lalui? Tak tau kan? So, duk diam-diam. Aku akan tetap terus berbicara ikut suka hati aku.
Aku akan terus mengarut. Yang banyak bunyi tu "selamat tinggal!" *pergi main jauh-jauhlah..haihhh*

Friday, 17 June 2011

HARI MELAYAN PERASAAN SEDUNIA

Hehehe..(mulakan cerita dengan mood yang agak funny2..hekk!)
Kenapakah dikatakan HARI MELAYAN PERASAAN SEDUNIA? Kerana semuanya sibuk melayan perasaan..hehe c(-:
Adik-adikku yang disayangi..
Tak salah pun kalau kita nak layan perasaan tu, asalkan kena tempat, masa dan gayanya. Perasaan kita kan. Hanya kita yang tahu bagaimana untuk mengawalnya ;)
So, selamat beremosi buat semuanya..hikhik

KOSONG

Jiwa terasa sangat kosong. Tidak mahu difikirkan dan dimengertikan lagi. Aku hanya ingin hidup dengan tenang. Menghabiskan waktu-waktu yang ada sebaiknya.
Pergilah segala duka. Pergilah segala sengsara. Berilah aku peluang mencari erti bahagia yang sebenarnya.

SALAM

Salam teman-teman. Aku memulakan langkah.
Blog ini tercipta dari sebuah hati yang terluka. Hati yang sedang hancur berkecai. Musnah segala harapan dan impian. Tetapi tidak bermakna hidup aku juga musnah kerananya. Mungkin silap aku dalam menilai erti sebuah CINTA. Kini dengan segala semangat yang ada, aku akan perbaiki hidup menjadi lebih baik. Tinggalkan segala kenangan. Teruskan hidup yang cuma sekali ini sahaja. Entah esok lusa aku akan pergi mengadap ILAHI.